Tiada Kata…
Tuesday, September 26, 2023 at 11:10:24
Tiada kata yang bisa mengungkap
betapa kasih ku pada dirimu
Tiada yang mampu menyelami
cinta ku yang tiada dasarnya
Melangkah pergi bukan membenci
Memaling rupa bukan kerana tak suka
Namun takdir menentukan segala
yang kita tiada mampu bersama
bukan perpisahan yang ku ingini
bukan dirimu yang ingin ku jauhi
namun langkah ini makin longlai
mata terpejam tiada bermaya
detik untuk ku telah tiba
pergilah engkau mencari bahagia
cuma satu pinta dari ku
janganlah sekali diriku kau lupakan
kerana cinta ku tiada pernah mati
walau jasad ku telah bersemadi
akan terus senantiasa abadi
kasih sejati tak berbelah bagi
-= Perindu =-
1325160806
*nota :- sebuah puisi yang penuh melankolik ? erm puisi ini terhasil sewaktu saya melawat laman web Dian Lee . Erm puisi ini ada maksud yang tersirat ? Hehe entah lah saya sekadar menyusun kata terpulang pada yang membaca untuk mentafsirnya.